"Memborong adalah passion saya. Berniaga adalah darah saya. Membantu usahawan adalah jantung saya. Inilah saya. Saya membawa cita-cita saya bersama team Akademi Borong China untuk membantu ramai lagi usahawan di luar sana."
MOHD FAIZ ZAKARIA
FOUNDER | MANAGING DIRECTOR Mind Trade Sdn. Bhd.

Akademi Borong China merupakan sebuah jenama yang dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat MIND TRADE Sdn. Bhd. (1228106-M). Penubuhan jenama ini pada tahun 2017, manakala kami berada di dalam industri bisnes borong China ini sejak 2013 lagi dengan pelbagai nama syarikat dan jenama. 

SEJARAH PENUBUHAN

Pada tahun 2013, Tuan Mohd Faiz telah berjaya meletakkan namanya sebaris dengan dengan usahawan muda yang berjaya. Di antara barangan yang berjaya meletupkan nama beliau adalah cadar patchwork dengan mempunyai sejumlah 600 orang agen yang berdaftar dan mencatat jualan sehingga RM100,000 pada satu-satu masa. Kemudian ianya disusuli dengan beberapa produk elektronik seperti Powerbank Pineng, USB drive, USB on the Go dan macam-macam lagi. 

Tidak lama kemudian, jenama yang diasaskan oleh beliau iaitu Jom Memborong di China meniti di bibir penggiat bisnes Borong China ini. Melalui jenama JMDC, beliau sekali lagi berjaya mengatur lebih 40 trip bisnes ke Guangzhou, Shenzen dan Yiwu dan berpuluh-puluh seminar di beberapa buah negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Tuan Mohd Faiz juga berjaya juga meletakkan diri beliau sebaris dengan usahawan yang dilatih oleh SifuFBADS dan menaiki “hot seats” sebanyak 2 kali. 

Pelbagai cabaran dan kerugian telah dihadapi oleh beliau. Dengan semangat yang luar biasa, beliau bangkit dan terus bangkit, sehinggalah pada pertengahan 2016, beliau mengumumkan untuk menghadapi cabaran baru. Beliau nekad untuk melepaskan JMDC sekaligus mencipta jenama baru seiring dengan kehendak semasa netizen. 

BERMULANYA ERA AKADEMI BORONG CHINA

Pada bulan Oktober 2016, Tuan Mohd Faiz telah merangka strategi baru bagi memperkenalkan Akademi Borong China. Tidak lama kemudian, beliau telah merekrut bakat-bakat baru untuk membangunkan akademi ini. Ternyata pengorbanan beliau tidak sia-sia. Ianya berkembang dengan baik sekali.

Bagi sebuah permulaan, beliau bermula kecil, tetapi dengan cita-cita yang cukup besar. Pada waktu itu Akademi Borong China masih lagi di bawah lembayung Global Trade Solution (Enterprise). Kami menjalankan seminar percuma dan beberapa trip yang cukup hebat. 

PERKEMBANGAN POSITIF

Tidak lama kemudian, rentetan kehendak rakan-rakan niaga kami yang ingin kami bantu untuk mendapatkan produk mereka, telah menganjur kepada terciptanya perkhidmatan “SOURCING”. Maka, Sourcing Department berjaya ditubuhkan di bawah sayap Akademi Borong China. 

Pada bulan Ogos 2017, Akademi Borong China di kemuncak. Ianya telah dimiliki 100% oleh syarikat Mind Trade Sdn. Bhd. Sebuah syarikat milik Tuan Mohd Faiz. Permintaan demi permintaan daripada jenama yang terkenal di dalam dunia bisnes tanah air memberikan kami sebuah motivasi yang tinggi. 

Di antara syarikat yang datang kepada kami adalah Byond Success, Eldurra Exclusive, Masyarabia, Bymirasha, Hispter Pomade, Keydeen Project dan macam-macam lagi. Akademi Borong China akan terus menerus membantu para usahawan untuk mendapatkan barangan mereka dengan kos yang sangat murah dan berkualiti. 

Kini, kami sudah beroperasi dengan kolaborasi lebih 50 kilang yang dipercayai di Guangzhou dan Yiwu. Doakan kejayaan kami.

Menjadi Pusat Ilmu Borong China No. 1 di Malaysia

MELATIH 5,000 USAHAWAN MENJELANG TAHUN 2020 MELALUI SEMINAR, TRIP & FACEBOOK GROUP PROJEK MYWAU

MEMBANGUNKAN 1 APLIKASI MUDAH ALIH “MYWAU” DI DALAM MEMBANTU PROSES SHIPPING DARI CHINA KE MALAYSIA (2018), CHINA KE INDONESIA (2019), & CHINA KE SINGAPURA & BRUNEI (2020-2021).

MENGANJURKAN 10 PRIVATE TRIP SEPANJANG TAHUN BERMULA 2018

TEAM ABC 2017/2018

NIK SABARIAH
HR Manager
JALI POK YAH
General Manager
KHAIRUL ASRAR
Sourcing Executive
WAN SYARIFUDDIN
Customer Service
FARIS ZAHAR
Webmaster
FARIS ARRASYID
Apps Developer
IZRIN AYOB
Graphic Designer

TEAM ABC 2016/2017

2016-2017
MOHAMAD YAZID SABIYAH
Sourcing Executive
2016-2017
AISYAH MAHMUD
Sourcing Executive

KAMI MENGALUKAN ANDA UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUARGA AKADEMI BORONG CHINA