About Us

Akademi Borong China merupakan sebuah jenama yang dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat MIND TRADE Sdn. Bhd. (1228106-M). Penubuhan jenama ini pada tahun 2017, manakala kami berada di dalam industri bisnes borong China ini sejak 2013 lagi dengan pelbagai nama syarikat dan jenama. 

Akademi Borong China

Facebook Rasmi Akademi Borong China di mana kami membuat hebahan tentang program serta perkongsian ilmu Borong China.

MyWau Official Group (ABC)

Facebook Group komuniti besar keluarga MYWAU di mana semua usahawan berkumpul untuk meningkatkan skil menerobos dunia memborong dari China secara ONLINE

Akademi Borong China

Di sini kami himpunkan koleksi vlog, ilmu dan penglaman kami selaku kaki borong dari China. Segala informasi kami sajikan di laman Youtube Rasmi kami ini.

Latar Belakang

Pada tahun 2013, Tuan Mohd Faiz telah berjaya meletakkan namanya sebaris dengan dengan usahawan muda yang berjaya. Di antara barangan yang berjaya meletupkan nama beliau adalah cadar patchwork dengan mempunyai sejumlah 600 orang agen yang berdaftar dan mencatat jualan sehingga RM100,000 pada satu-satu masa. Kemudian ianya disusuli dengan beberapa produk elektronik seperti Powerbank Pineng, USB drive, USB on the Go dan macam-macam lagi. 

Tidak lama kemudian, jenama yang diasaskan oleh beliau iaitu Jom Memborong di China meniti di bibir penggiat bisnes Borong China ini. Melalui jenama JMDC, beliau sekali lagi berjaya mengatur lebih 40 trip bisnes ke Guangzhou, Shenzen dan Yiwu dan berpuluh-puluh seminar di beberapa buah negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Tuan Mohd Faiz juga berjaya juga meletakkan diri beliau sebaris dengan usahawan yang dilatih oleh SifuFBADS dan menaiki “hot seats” sebanyak 2 kali. 

Pelbagai cabaran dan kerugian telah dihadapi oleh beliau. Dengan semangat yang luar biasa, beliau bangkit dan terus bangkit, sehinggalah pada pertengahan 2016, beliau mengumumkan untuk menghadapi cabaran baru. Beliau nekad untuk melepaskan JMDC sekaligus mencipta jenama baru seiring dengan kehendak semasa netizen. 

BERMULANYA ERA AKADEMI BORONG CHINA

Pada bulan Oktober 2016, Tuan Mohd Faiz telah merangka strategi baru bagi memperkenalkan Akademi Borong China. Tidak lama kemudian, beliau telah merekrut bakat-bakat baru untuk membangunkan akademi ini. Ternyata pengorbanan beliau tidak sia-sia. Ianya berkembang dengan baik sekali.

Bagi sebuah permulaan, beliau bermula kecil, tetapi dengan cita-cita yang cukup besar. Pada waktu itu Akademi Borong China masih lagi di bawah lembayung Global Trade Solution (Enterprise). Kami menjalankan seminar percuma dan beberapa trip yang cukup hebat. 

PERKEMBANGAN POSITIF

Tidak lama kemudian, rentetan kehendak rakan-rakan niaga kami yang ingin kami bantu untuk mendapatkan produk mereka, telah menganjur kepada terciptanya perkhidmatan “SOURCING”. Maka, Sourcing Department berjaya ditubuhkan di bawah sayap Akademi Borong China. 

Pada bulan Ogos 2017, Akademi Borong China di kemuncak. Ianya telah dimiliki 100% oleh syarikat Mind Trade Sdn. Bhd. Sebuah syarikat milik Tuan Mohd Faiz. Permintaan demi permintaan daripada jenama yang terkenal di dalam dunia bisnes tanah air memberikan kami sebuah motivasi yang tinggi. 

Di antara syarikat yang datang kepada kami adalah Byond Success, Eldurra Exclusive, Masyarabia, Bymirasha, Hispter Pomade, Keydeen Project dan macam-macam lagi. Akademi Borong China akan terus menerus membantu para usahawan untuk mendapatkan barangan mereka dengan kos yang sangat murah dan berkualiti. 

Kini, kami sudah beroperasi dengan kolaborasi lebih 50 kilang yang dipercayai di Guangzhou dan Yiwu. Doakan kejayaan kami.

BERLARI LEBIH LAJU – LAHIRNYA PROGRAM MYWAU

2018. Kami memahirkan diri untuk menerobos dunia memborong secara online. Taobao dan 1688. 2 laman web ini begitu popular dan sangat tepat untuk memborog terus dari China, tanpa melaburkan ribuan ringgit ke China saban tahun untuk mengambil stok. 

Program MYWAU lahir pada Januari 2018. Kami mengumpulkan bakat-bakat muda yang berkemahiran tinggi. Dan pada Mac 2018 secara rasminya kelas-kelas Taobao dijalankan. Sehinggalah pada bulan April, sebuah aplikasi bernama MYWAU dilancarkan. Ini adalah khas untuk pengguna MyWAU menguruskan shipping mereka sendiri. 

Dari sinilah, bermulanya legasi MYWAU. Kini lebih 10,000 peserta online dan offline berkumpul dan telah mendapatkan manfaat dari program MYWAU ini. Bunyi seperti mustahil, tapi siapa sangka. Kami laju mendominasi industri Borong China ini. Adakah anda penerima manfaat MYWAU seterusnya?

VMO SYARIKAT

VISI

  • Menjadi Pusat Ilmu Borong China No. 1 di Malaysia

MISI

  • Melatih 10,000 usahawan menjelang 2020 melalui Program MYWAU
  • Membangunkan Aplikasi Mudah Urus Shipping pertama di Malaysia yang bakal menerobos pasaran antarabangsa. Singapore & Brunei (2019). Thailand & Europe (2020).
  • Menjadi pusat Ilmu Belian Borong secara Online terus dari China dan Jualan di Marketplace no. 2 di Asia (2030)

Pasukan Akademi Borong China

Kalau mahu bergerak laju, buatlah seorang diri. Tapi kalau mahu PERGI LEBIH JAUH, buatlah berkumpulan. 

COACH FAIZ

Mohd Faiz

Managing Director

Merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Memulakan perniagaan sejak di bangku universiti lagi dan berpengalaman lebih 6 tahun di dalam industri Borong China. Viral dengan #DiaAdalahKita dan berjaya membantu seorang warga Rohingya. Penulis kepada sebuah buku “Best Seller” Travelog Ramadhan. 

TEMPOH KERJA: 2013 – KINI

COACH JALI

Razali

General manager

Juga merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Menyertai Akademi Borong China pada tahun 2015. Memegang portfolio Pegawai Pemasaran selama 3 tahun dan pernah bekerja sebagai Pembantu Tadbir di UIAM Gombak selama 5 tahun. 

TEMPOH KERJA: 2015 – KINI

STAFF OF THE MONTH: OKT 18
1/10

Fara

Admin & HR Manager

Berpengalaman sebagai Pembantu Tadbir di bengkel kereta selama 2 tahun telah membawa kepada kemahiran menguruskan pentadbiran di Akademi Borong China. 

TEMPOH KERJA: 2018 – KINI

STAFF OF THE MONTH:
0/10
COACH WAN

Wan Syarifudin

Sales Manager

Graduan UITM ini pernah bekerja di bahagian Khidmat Pelanggan Telekom Malaysia (TM). Dengan pengalamannya itu kini beliau bersama Akademi Borong China dan mengetuai jabatan jualan MYWAU dengan penuh dedikasi serta komited.

TEMPOH KERJA: 2018 – KINI

STAFF OF THE MONTH: SEPT 18
1/10
COACH FARIS

Faris Zahar

Technical Manager

Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini merupakan pemegang Sarjana Muda Sains Kemanusiaan. Bermula sebagai webmaster MYWAU, kini bertindak sebagai tenaga sokongan dalam merealisasikan setiap proses perjalanan Sistem MYWAU. 

TEMPOH KERJA: 2018 – KINI

STAFF OF THE MONTH: OKT 18
1/10
COACH RASYID

Faris Arrasyid

MYWAU Developer

Uniknya, beliau masih lagi bergelar mahasiswa di tahun 3. Juga di universiti yang sama, UIAM Gombak. Mengambil jurusan IT dan pakar di dalam membangunkan Mobile Apps. Beliau merupakan warga Indonesia dan kini memfokuskan kariernya bersama MYWAU dan Akademi Borong China.

TEMPOH KERJA: 2018 – KINI

STAFF OF THE MONTH:
0/10

Zaki

Customer Service

Seorang lagi graduan UIAM Gombak yang berjaya direkrut oleh Akademi Borong China. Seorang yang tenang dan berperwatakan menarik. Dengan ketenangan beliau, pasukan Customer Service MyWAU semakin berkualiti. 

TEMPOH KERJA: 2018 – KINI

STAFF OF THE MONTH:
0/10
COACH KHAIRUL

Khairul

CUSTOMER SERVICE

Beliau merupakan kakitangan Akademi Borong China paling awal dan berpengalaman di dalam dunia sourcing. Beliau berjaya membantu ramai pemilik bisnes untuk mendapatkan sumber produk terus dari China. Kini, beliau terus menjadi tenaga pengajar serta membantu para peserta MYWAU menerusi jawatan baru ini.

TEMPOH KERJA: 2017 – KINI

STAFF OF THE MONTH:
0/10

Hazwani

Customer Service

Seorang yang ceria dan begitu rajin. Berpengalaman dalam membantu pelanggan mendapatkan carian serta membuat pembelian di Taobao dan 1688 menjadi satu kelebihan buatnya untuk membantu para ahli MYWAU. Menjadi ahli baru di dalam keluarga Akademi Borong China bukan menjadi satu halangan untuk beliau agar terus menggilapkan skil dan kemahiran.

TEMPOH KERJA: 2018 – KINI

STAFF OF THE MONTH:
0/10

Anda

CUSTOMER SERVICE

Kami tidak mengenali anda, namun kami tahu anda seorang yang berbakat besar. Di Akademi Borong China, kami mahu membentuk satu keluarga yang saling sokong menyokong, bantu membantu dan yang paling penting, mampu untuk mengubah hidup anda. Kami tidak menjanjikan bulan bintang, namun cukuplah, kami perlukan anda untik bawa Akademi Borong China lebih jauh. 

TEMPOH KERJA: 

STAFF OF THE MONTH:
0/10

Kami sentiasa merindui anda

COACH IRAH

Nik Sabariah

Mantan Pembantu Tadbir & HR 2017 - 2018

Aisyah Mahmud

Mantan Pegawai Jualan 2017 - 2018

Yazid Sabiyah

Mantan Pembantu Tadbir & Customer Service 2016 - 2018