Ada beberapa orang bertanya, bagaimana nak buka akaun di China.

Jawapan : Lain bank lain syarat yang dikenakan. Yang saya tahu dan berdasarkan pengalaman sedia ada, antara dokumen yang diperlukan adalah:

akaun bank China

1. VISA MULTIPLE ENTRY
Visa jenis ini boleh di apply selepas kita telah mempunyai visa single entry. Namun, dokumen yang diperlukan lebih daripada permohonan biasa. Antaranya, surat jemputan dari supplier di china dan alamat negara China

2. NO INCOME TAX
No income tax di Malaysia. Jadi , kalau tak bayar TAX, susah nak lulus permohonana anda

3. LAPORAN POLIS
Bermula 2018, kebanyakan bank di china mahu surat daripada pihak polis di china. Pergi sahaja ke mana mana balai polis dan maklumkan yang anda mahu membuka akaun bank di China

4. ALAMAT HOTEL
Yang ini simple, minta di lobby hotel sahaja.

5. INTRODUCER
Yang ini wajib. Introducer. Lebih mudah bawa pengilang @ rakan anda di China untuk jadi introducer semasa anda mahu membuka akaun bank

Reminder :
Polis, pegawai bank di China todak boleh berbahasa inggeris dengan baik. Jika boleh bagi skala 1-10, sy boleh berikan 2@3 sahaja.Jadi, pastikan ada rakan anda teman sekali semasa berurusan di balai polis @ bank.

Anda suka info ini?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *