Sudah lama, saya tidak menulis di sini. Hari ini ‘mood’ saya bagus. Idea menulis datang secara tiba-tiba. Kali ini saya ingin mendedahkan 3 cara buat duit dengan hanya menggunakan laman web popular dari China, iaitu Taobao dan 1688.

1. Buat Servis Upah Beli Barang

Tak semua pandai membeli guna website ini. Lebih-lebih lagi ianya menggunakan bahasa China sepenuhnya. Nak memahaminya terpaksa menggunakan Google Translate. Yang takut-takut nak guna pun ramai. Jadi, apa yang terdaya adalah dengan mengupah orang yang mahir untuk tolong beli barangan mereka. Upah yang tak mahal, tapi ramai yang memohon. Boleh la dapat buat duit sambil-sabil ye tak?

2. Membekalkan Produk

Siapa sangka, ada orang buat duit dengan membekalkan produk yang ada di Taobao atau 1688. Caranya mudah sahaja. Dapatkan beberapa produk di 1688 atau Taobao yang boleh ‘beat’ harga pasaran dan iklankan kepada prospek kita. Mana tahu, ada yang mahu menempah dengan anda?

3. Custom Made Product

Ini adalah khas buat mereka yang mahir 1688.com. Ini kerana di dalam laman web ini terdapat kilang-kilang yang sangat reliable serta boleh dipercayai. Bukan sahaja kita dapat menjimatkan kos duit, bahkan kita boleh menjimatkan tenaga kita. Hanya mencari website dan deal di wechat.

No. 3 ni menariklah! Haa.. Kalau nak belajar cara no 3 ni, kenalah masuk kelas. Kelas 1688. Tapi saya nak tanya dulu lah. Dah ada akaun Taobao belum? Kalau takde, masuk kelas Taobao dulu. Asahkan bakat dan tajamkan kemahiran dulu. Nanti di 1688, pastikan akan jadi lebih mudah dan cepat.

> Link pendaftaran Kelas TAOBAO > DAFTAR DI SINI

> Link pendaftaran Kelas 1688 > DAFTAR DI SINI


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *