Bukan mudah kami ingin merealisasikan impian ini untuk ratusan rakyat Malaysia. Bahkan cita-cita kami besar iaitu untuk membantu jutaan rakyat Malaysia yang lainnya. Ianya memerlukan idea, usaha dan kerja berpasukan yang jitu.

MYWAU. kami ingin memperkenalkan kepada anda, sebuah teknologi mudah. Baru dan masih segar. Lain dari yang lain. Ianya mudah. Mesra pengguna. Dan yang paling penting, menepati citarasa semua orang, iaitu mahukan sebuah penghantaran produk yang berciri pintar, mudah dan selamat.

Sejak Februari yang lalu, ianya dikembangkan dengan baik. Dari sekadar merekod dan memuat naik status perjalanan barang, kini pengguna berupaya untuk mendapatkan perkhidmatan tambahan seperti menggunakan insurans perjalanan barang, pemeriksaan barang dan muat naik gambar produk anda dari gudang secara langsung.

Di samping itu, kami juga kini menawarkan kemudahan untuk membayar menerusi Alipay dan WechatPay Mywau. Kini solusi untuk pembayaran kepada seller di 1688.com atau Wechat berjaya ditemui. Ianya semudah ABC.

Di sini lah kepercayaan pengguna semakin ramai dan banyak penghantaran yang telah berjaya dilakukan. Oleh itu, kami di Akademi Borong China dengan bangganya ingin menjemput anda menggunakan aplikasi Sistem Penghantaran Terus dari China menerusi laman web 1688.com dan Taobao.com.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *