Guangzhou, 22 Januari 2018. 

 

Ini adalah tarikh berakhirnya trip eksklusif yang telah kami anjurkan di Akademi Borong China. Sedih. Sememangnya sedih. Kerana kemeriahan kami seramai 18 orang di Guangzhou sejak 18 Januari lagi sangat-sangat dirindui. 

 

Kali ini, Tuan Mohd Faiz mengetuai rombongan dengan membawa beberapa jenama dan individu yang bergelar usahawan. Di antara jenama yang menyertai kami adalah, Hogoh de Coco, Mamadil, Dr. Cetak, I Manis dan 2 orang Doktor Pakar dari Johor. Tuan Faiz pula dibantu oleh beberapa fasilitator seperti Tuan Razali, En. Vincent, Cik Alice dan Cik May.

Kami telah berjaya membawa peserta kali ini ke Kilang Jeans yang terdapat di Xintang Town, Kilang Jahit, Kilang Plastik dan pelbagai plaza pilihan peserta. 

 

Mungkin anda tertanya-tanya, trip sebegini membawa peserta ke semua tempat ke? Tak. 

 

Bagi kami, trip private sebegini adalah trip ‘buat kerja’. Bukan trip jalan-jalan. Trip untuk shopping. 

 

Kami akan mendahului permintaan kerja para peserta terlebih dahulu. Nak cari barang A, B, C dan D. Maka selesaikan itu dulu. Baru kita pergi jalan-jalan. 

 

Seperti mana terkandung di dalam pakej, kami telah membawa peserta menaiki Cruise yang istimewa untuk menikmati udara malam dan keindahan lampu di Guangzhou dengan menyelusuri Sungai Pearl.

 

Kami di sini ingin merakamkan ucapan terima kasih serta mendoakan agar semua peserta berpuas hati dengan hasil kerja kami.

 

Salam kejayaan dari kami, team ABC.