Setiap 2 kali setahun, Pusat Perniagaan Asing China (China Foreign Trade Center) pasti akan menganjurkan Canton Fair. Ekspo berskala mega ini telah dianjurkan sejak 1957 lagi. Kemeriahannya begitu terasa. Sesi 2017 ini adalah sesi penganjuran yang ke-123. Cukup lama mereka bertapak di dalam industri import/eksport sehingga dikenali seantero dunia. Nak tahu lagi apa yang menarik tentang Canton Fair? Nah, ini dia 5 FAKTA HEBAT tentang Canton Fair ini. #TakKenalTakCinta

 

#Fakta1 : Sehingga ke sesi yang ke – 121, China telah berjaya mengutip keuntungan hasil eksport ke seluruh dunia sebanyak USD 1.2635 trillion dan merekodkan jumlah peniaga asing seramai 8.03 million orang. Mahu tak dahsyat penangan Canton Fair ni!

 

#Fakta2: Berikut pula merupakan statistik Canton Fair sesi yang ke – 122, iaitu tahun lepas. Ruangan Exhibition:

1,180,000 M2. Bilangan booth: 60,219 bijik gerai pameran. Bilangan exhibitors: 24,718 orang. Nak berjalan seharian pun tak cukup dik oiii….

 

#Fakta3: Canton Fair ini terbahagi kepada 3 sesi. Setiap sesi pula akan bermula setelah rehat 2 hari. Bagaimana pembahagian dibuat untuk sesi 2017 ini? Fasa 1: Barangan Perkakas Elektrik & Elektronik rumah, barangan hardware, spare parts kenderaan, barangan kimia, alatan pertukangan dan mesin. Fasa 2: Barangan perhiasan rumah & Barangan hadiah. Fasa 3: Industri tekstil, makanan, kasut, peralatan pejabat dan perubatan.

 

#Fakta4: Siapa yang akan jadi exhibitor ni? 90% adalah wakil kilang dari seluruh China dan 10% adalah datangnya dari exhibitor luar, termasuk Malaysia turut mengambil bahagian.

 

#Fakta5: Canton Fair ibarat pesta. Kebiasaannya harga pengangkutan awam dan penginapan akan naik sedikit dari kadar biasa. Namun, tumpuan peniaga dari seluruh benua langsung tidak terjejas. Pihak hotel juga ada yang menawarkan pekhidmatan bas ke Canton Fair secara percuma pada setiap hari.

 

Untuk pengetahuan semua, Fasa 1 Canton Fair bagi sesi ini jatuh pada 15 – 19 Oktober. Fasa kedua pula bermula dari 23 – 27 Oktober 2017. Fasa ketiga kemudiannya bermula dari 31 Oktober – 4 November 2017. Jangan lepaskan peluang berharga ini untuk kenal, bina jaringan dengan pembekal dari seluruh banda China. Hebat kan?